Monday, January 9, 2012

~ Layan Gemersik Kalbu pulak........

Akhir2 ni makin menjadi2 pulak penerbit kat M'sia ni buat filem/drama adaptasi dari novel2...
Start dengan Lagenda Budak Setan, pastu Nora Elena, Ombak Rindu, dan yang terkini kat TV skang ni drama "Gemersik Kalbu" dan "Bicara Hati".....
Baru je repeat buku Gemersik Kalbu last week....tak sangka lak dah jadi drama...skang ni memang ketinggalan sikit isu2 terkini ni...asyik layan cartoon je....
Buku Bicara Hati pun dah repeat ntah berapa kali...Both novel ni best....so, harap2 dramanya pun best....
Setakat hari ni tak sempat lagi nak tgk kat TV..Mlm nnt ke..weekend nnt ke..bolehla layan online...

Ringkasan dari novel Anis Ayuni:

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .


Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!


Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.


Di manakah titik pertemuan mereka?


2 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

mcm biasa shu ,,kt tv byk dah ubah2 ... feeling lagi baca novel ;-)

shuhaina said...

betul tu diana..
ni dlm misi nak beli balik novel ombak rindu...yg dalam koleksi ntah hilang mana ntah masa pindah aritu..dah gi 2,3 kedai tak jumpa lagi...MPH tak pegi lagi..
tgk filem/drama memang kureng skit feel..heheheh