Tuesday, January 10, 2012

~ Drama Bicara Hati @ Astro Prima

Mlm kang episod ke-2 drama ni...mula2 tgk preview cam kureng skit kat pelakon yg jadi hero ngan heroin tu....so, tak terasa excited sgt nak tgk....
Tapi disebabkan novel dia best giler tergerak jugak hati nak tgk...so, mlm tadi sajer jer tgk online yg last week punya....igt nak tgk sikit je..last2 tgk smpi abis..kul 1 jugakla br tido...not bad rupanya lakonan si Sharnaaz Ahmad ni...heroin dia Cristina Suzanne ok jugak la...
Jadi dgn ini saya membuat keputusan utk follow drama ni...hehehehe...
Follow online je senang...best..takde iklan..dan yg penting ikut timing yg sesuai ngan kita....
Sesaper nak tgk leh klik sini...malaymoviesfull
Jgn layan time kat opis lak ya....



Sinopsis Bicara Hati :

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?



No comments: