Friday, December 30, 2011

~ Last day bekerja di thn 2011

Hari ni 30/12/2011....last day bekerja untuk tahun 2011....
Oh..tahun ni adalah tahun yg sgt bermakna sebagai pekerja...byk kisah suka, duka, hiba, gembira..masam, manis, semua adalah..secukup rasa...banyak ilmu dan pengalaman diperolehi...
Jadi mari kita tutup buku 2011 dan bukak buku baru (diari 2012 dah dpt dah..hehehe) dengan azam baru..
Dah banyak dah plan untuk 2012 ni..byk benda yg nak diubah untuk jadi pekerja yg lebih cemerlang...tak nak tangguh2 kerja yg akhirnya makan diri balik...
Sebagai permulaan..mari kita bercuti dulu sempena menyambut thn baru...hari khamis (5th Jan) baru start keja...kasi fresh balik...yahoo!!!!!!

"Selamat Bercuti...."

Thursday, December 29, 2011

~ It's 29 & Fabulous


Happy Birthday to me.....Thanks all for the wishes...........

Friday, December 23, 2011

~ Resepi Ayam Penyet

Semenjak 2 menjak ni suka sangat makan ayam penyet kat food court area opis ni...kena ngan citarasa..tak pedas sangat cam AP Wong Solo..
So, ingat nak try masak sendiri la pulak..hehehe..So, kita search resepi dulu...nnt weekend klu rajin kita try buat...nnt baru kasi report menjadi ke tak...


Ni shu share resepi. Taken from myresepi..Best web tu..almost semua ada resepi ada kat situ...

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam


1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)


Cara-cara
1.Untuk Ayam Penyet
2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7.Untuk Sambal
8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
14.Masukkan gula merah dan gaul rata.
15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

16.Untuk Sup
17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

19.Untuk Nasi
20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. 23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Selamat Mencuba...

~ Kiosk KWSP di AEON

Baru je tau rupa-rupanya Kiosk KWSP ni ada kat merata-rata..igtkan kena pegi KWSP je...
Plg menarik sekali ada kat AEON terpilih rupanya ...dan lagi menarik AEON equine bertuah sebab antara yg terpilih...heheh.....tempat yg selalu pergi dan dekat ngan umah..bagus betul la...

Kios KWSP Kini di Cawangan Aeon Credit

Ahli KWSP kini boleh mencetak penyata dan mendaftar i-Akaun di cawangan Aeon Credit terpilih melalui Kios KWSP. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi dan waktu operasi Kios.
Sekiranya ahli KWSP mempunyai masalah berhubung penyata kira-kira, mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan penjelasan. Bagi aduan tentang kerosakan Kios, sila hubungi pegawai Aeon Credit yang ditugaskan.
Sila lawati laman Pejabat-pejabat KWSP untuk mengetahui senarai lengkap pejabat KWSP dan premis luar yang mempunyai Kios ini.

Selain kat AEON, tpt2 kat bawah ni pun ada..tapi utk cawangan yg terpilih je la...nak tau cawangan mana...klik sini
» AmBank Berhad
» RHB Bank Berhad
» RHB Easy
» RHB Islamic
» Institut Jantung Negara
» CIMB Bank Berhad
» CitiBank Berhad
» Public Bank Berhad
» Permodalan Nasional Berhad
» HSBC Bank Berhad
» UOB Berhad
» Malayan Banking Berhad
» Aeon Credit
» HSBC Amanah
» Courts Mammoth

Thursday, December 22, 2011

~ Hari ni layan jiwang lagi........

Lirik Lagu Cinta Itu Milik Kita(OST Sekali Lagi) – Dakmie


Tidak ku sangka kau pergi jua
Tinggalkan ku sendiri

Yang tinggal hanya serpihan cintamu
Ku dakap selamanya
Cinta antara kita terlerai sudah
Impian kau dan aku
TakdirNya kini ku terima
Cinta itu milik kita
Tak bisa kah cintaiku
Tak bisakah sayangiku
Kerana kau milikku
Kau kekasihku
Hanya yang ada di dalam diriku
Kerana kau ku sayang
Kau kunci cintaku
Kau bawaku ke dalam duniamu

Captured from videoclip..Credit to SchaAryanaa

~ Sekali Lagi............

I'm sure ramai dah tgk movie ni...aritu masa ada kat ASTRO FIRST tak sempat nak beli....then asyik lupa je nak tgk online...tetiba mlm ni..rasa cam nak layan movie...then tingat citer ni...Erm..rasanya ni 1st time tgk citer without tahu ending..tapi rmi ckp citer ni sedih....
Erm..ntahla..tak jumpa lak moment yg boleh buat hati ni tersentuh smpi menangis....Tapi, I really love this movie....and I really love watak Shila dan Arman...sweeet sangat la diorang ni......especially time couple masa sekolah tu and time Arman ajak kawin..ntah..it just make me smile...and.....I just felt the chemistry between them...cam real jer...selalu tgk shahizy sam ni bawak watak giler2..klakar..tak sangka lak dia boleh bawak watak serius...and he really melts my heart....
Cuma the ending part a bit spoil for me....naper???? tak nak lah citer...korang yg tak tgk lagi..silalah tonton ya....


Boleh layan kat sinWatch Sekali Lagi....

This is part that I like the most..........cair beb.... :)

Wednesday, December 21, 2011

~ Senarai Finalis AJL 26

Which one favourite korang.....

Tuesday, December 20, 2011

~ Ombak Rindu OST

My favourite song currently...Sehari ntah berapa puluh kali duk ulang-ulang...
Love the song more than the movie....For me..just ok..tak menghampakan tapi tak cukup membuai perasaan..hehehe..maybe sbb my expectation tinggi sgt kot....ataupun sbb dah baca novel dulu kot..maybe klu buat drama lebih ummph cam Nora Elena.....
Aperpun..still enjoy.....

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup


Kerna ku tak mampu


Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :


Tuhan aku tahu banyak dosa ku


Hanya ingat Kamu kala duka ku


Namun hanya Kamu yang mampu membuka


Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :


Malam kau bawalah rinduku


Untuk dirinya yang jauh dari ku


Agar dia tidak kesepian


Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :


Hujan bawa air mata ku


Yang mengalir membasuh luka ku


Agar dia tahu ku terseksa


Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :


Hanya mampu terserah


Moga cahaya di penanti

Hafiz:


Tuhan tolong lembutkan hati dia


Untuk terima ku seadanya

Adira:


Kerna ku tak sanggup


Kerna ku tak mampu


Hidup tanpa dia di sisi ku

Nak layan lagu ni boleh search kat youtube..heheheh..mls nak letak sini...

Monday, December 19, 2011

~ Simple Recipe With Toaster Oven

Hari ni tiba2 teringin nak browse2 resepi...sbb cam dah tak tau nak masak apa hari2...
Klu boleh nak resepi yg mudah, cepat dan lazat...hehehe..hari2 smpi umah lps kul 7pm...so, mmg kena yg simple2 je la..plg simple tapau..tapi klu hari2...kering lak poket kan..
So, surf punya surf jumpa website ni Cooks.com...Wallah..banyak giler resepi dan nampak mcm senang....best..best..Tapi mostly style baking...ala...oven dah jual pulak..aritu ms ada oven..tak guna pun...bila dah takde ni teringin lak...huhuhu..
Tetiba teringat toaster oven...klu nak beli ok kot sbb price dia below 100 klu tak silap..tapi boleh ke nak buat muffin ke pizza ke....So, kita gunalah kemudahan yg ada...segala info di hujung jari...surfing punya surfing jumpa this website...Recipe with Toaster Oven
Wah..gembiranya tgk mcm2 boleh buat dgn toaster oven ni sebenarnya...rasanya boleh consider this for my coming birthday...nak hadiah kat diri sendiri...hehehe...
So, sesaper teringin nak oven tapi budget ciput cam saya..maybe boleh consider toaster oven ni...
survey kat website senheng...ada byk choice jugak..nak beli yg plg murah la...hehehe

Jom layan gambar lak..

Friday, December 16, 2011

~ Starbucks Coffe for FREE Anyone?

Yup...you all tak salah baca...
Baru je balik dr starbucks kat dpn office ni...they're giving coffe for FREE...
Tak sure outlet lain run the promotion ke tak....
To those yg dkt2 ngan Kota Damansara, jom serbu starbucks ramai-ramai..hehehehe

We all satu office gi....dah FREE saper tak nak kan...

Wednesday, December 14, 2011

~ Renungan Bersama

Ingatkan tadi nak surfing kejap je..sekali tersangkut kat satu blog ni smpi la skang ni dah kul 3am...
Ada sahabat di fb share her link....apa yg membuat hati tertarik nak jenguk blog tu sbb owner blog is a young mother of two, that just lost her husband...Allahuakbar....
Bila kita igt kita yg dlm musibah...rupanya ada lagi yang lebih hebat dugaannya...she's just 26yrs....yet she is so matured and strong..membaca setiap bait2 tulisannya membawa keinsafan dalam diri.....hanya mengenangkan jika diri ini di tpt dia membuatkan air mata ini deras mengalir....I'm not strong enough....Mawar, I shared your link here so that ilmu2 dan pesanan2 yg dititipkan Mawar boleh jadi renungan dan panduan kita semua......
mawarnafastari

Monday, November 28, 2011

~ Tinggal Kenangan






                                           *sedih tgk gambar ni..Azam 2012...target berat 50kg


This stroller no longer with us....huhuhu...
Alhamdulillah less than a week, berjaya dpt buyer through mudah.my....kiranya mmg mudahla urusan jual beli...
Sedih mmg sedih melepaskannya....
sbb bila tau preggy twins..mmg dah start aim stroller ni...mmg impian la....mmg sgt bergunala stroller ni...but since aqil ngan aqif dah boleh jln..diorang dah takmo duk dlm stroller..lebih suka berlari2...almost setengah tahun duk tersadai dlm store...pikir punya pikir rasa better let go..daripada duk berkarat tak guna...
Dear Stoller..selamat berkhidmat dgn tuan baru.....

Saturday, November 26, 2011

~ Adam Mimpi Saja La Ibu.....

Adam will turn 5 next year...skang ni mlm time tido still pki diapers.....Thinking of start to teach him diaperless..So, mlm td was the first night of training....Sebelum tido..bring him to toilet and then pesan nnt mlm klu nak gi toilet kejut ibu tau....byk kali ni pesan smpi Adam jawab balik..Adam tahu la ibu.....huhuhu...
So, mlm td dlm kul 2 ke 3 pagi camtu Adam kejut suruh pkikan diapers....So, ajakla dia gi toilet...Dgn keadaan separuh terjaga dia ikut je...mata pun bukak separuh je...Bgn pg td Alhamdulillah..tak payah jemur tilam..hehehe...
Pagi ni pujila dia..
"Bagus la Adam tak kencing tilam...Adam pandai kejut ibu nak pegi toilet...."
"Tak la ibu...Adam tido je....tapi Adam mimpi kencing kat bilik air...."
Bagitau yg sebenarnya mmg dia bgn..smpi ke sudah tak percaya....
"Adam mimpi saja la ibu......."
Will see tonite...2nd try...



Wednesday, November 23, 2011

~Khemah..Catering...Sirih Junjung...Hantaran...Deco Bilik...

Ish..tak tau nak mula yg mana dulu..
Ni semua task yg telah dipertanggungjawabkan oleh bonda tercinta...
Aper pun tak cari lagi...bila kat opis dah bz keja opis...blk umah settle kerja umah..layan budak2 langsung terlupa...nasib baik la mlm ni teringat dan ada mood nak surfing psl benda2 ni...
Hehehe..tgh buat entry ni..tetiba teringat kat kawan2 PCM
Nasib baik la pernah aktif kat forum www.perkahwinan.com.my
Semua service provider kat situ dah jadi kawan..walaupun ada yg tak pernah bertemu muka....
So, lagi senang nak deal ngan kawan sendiri..mula2 ms buat entry ni..rasa ish..mana la nak tempah khemah,catering, sirih junjung segala tu....tiba2 teringat kat kwn forum yg memang buat wedding bisnes....
Rasanya settle la semua..dia pun duk kat kajang je....yahooo...just tinggal nak kemas umah la...since my parents skang ni kat Kuching, takkan la rombongan nak ke Kuching kan...jadinya buat la kat my house...tu yg  selaku tuan rumah rasa gabra je...
Eh..ni bukan majlis sambut menantu ya....actually my dear sis nak bertunang....ish..mcm sedih pun ada..(dah menitik dah air mata ni..)..selalu rasa dia cam budak umur 15thn..and we all pun satu family treat dia mcm budak2..walaupun sebenarnya dah 26thn pun..maklumla anak bongsu...walaupun selalu gaduh...but itula satu-satunya adik yg ada..skang ni klu nak cari org tlg tgkkan budak2 ni..she is the one i'll turn to...kdg2 nak gi dating late nite movie ke..sekali sekala nak ikut hubby jamming ke..she is the one i can rely to....budak2 ni pun sgt rapat with her...sgt2 rapat.....klu lama tak jumpa mesti Adam ty...mesti suruh call...klu nak tgk citer hantu je..mesti igt kat Achik..becoz my sis and Adam ni peminat citer hantu tapi 2-2 penakut...hehehe..my sons and i will miss those moments....
To my dear sis Ira...Selamat Bertunang in advance......



Thursday, November 3, 2011

~Selamat Bercuti & Selamat Berhari Raya

Di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kawan-kawan.
InsyaAllah esok pagi kami sekeluarga akan bertolak balik ke kpg halaman - Sungai Petani...
Dah tak sabar dah ni..hehehehe...
bye......

Thursday, October 13, 2011

~Lambatnya nak cuti...........

Hmmmm.....dah lama tak balik Sungai Petani...sian org kpg...especially my husband...
Last blk aritu bulan 4...tu pun 4-5 hari je..........isk..isk...
Harap2 raya haji nnt boleh cuti lama sikit.....Nak berehat puas2...nak jln2 dgn family.......
Harap-harap ada sinar baru thn 2012 nanti.....

Tuesday, October 11, 2011

~Kerna Hati Ini Telah Dilukai

Lately ni...sgt stress dan penat...
Cuma insident last week betul2 buatkan diri ini rasa 'down' yg teramat sgt...
I admit yg aku salah...tapi tak adil la klu 100% kesalahan tu aku sorang yg kena tanggung...
Rasa penat lelah, masa dan tenaga tak dihargai.....
Mungkin sudah smpi masanya....

Kerna Hati Ini Telah Dilukai........

Tuesday, October 4, 2011

~Aqif kena 'chicken pox'

MC 2 hari tapi rasa cam gi office jugak..lagi byk kerja rasanya....heheheh.....Masih terima call dan sms dr office...masih kena check email...masih kena ngadap laptop buat kerja....
Yelah...MC kan tak dirancang..bukan mcm cuti..klu sblm cuti mesti kita dah siapkan semua kerja in advance...mesti kita dah brief kat kengkawan yg jadi backup masa kita cuti kan....ni MC mengejut je...nak tak nak kerja yg dah diplan, harus disiapkan...takkan nak menyusahkan org lain pulak....
Terima kasih pada teknologi...Kita masih boleh bekerja dr rumah...terima dan hantar document through email...berkomunikasi through phone dan email...
Hmmmm..esok rutin kembali seperti biasa sebagai pekerja....turn husband lak jaga si Aqif smpi Jumaat...
Harap2 chicken pox Aqif tak berjangkit pada Adam & Aqil....

xtvt kegemaran di hujung minggu

Thursday, September 22, 2011

~ Sama Tapi Tak Serupa.....

Eh...apa yang sama?
Apa yang tak serupa?






Cuba tgk ni......




Ni masa gi honeymoon........Jun 2006

:
:
:
:
:
:
:
5 thn kemudian
:
:
:
:
:
:
August 2011 
eh...cam kenal la tpt ni.....ooooooo...sama cam gambar kat ats la...
ermmm...org yg sama jugak ke?
huhuhu...kembang di sana sini...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dan semakin maju berkembang....
:
:
:
:
:
:
Alhamdulillah......rezeki.........

Wednesday, June 8, 2011

~ Introduction to CMMI 1.2 Training

Hari ni hari ke-2 training CMMI ni...esok last day..hopefully takde exam la...hehehe..
Training ni buat kat Melia Hotel, KL. So far ok, best...semua skali 24 participants from 4 company...ada Mesiniaga, Edaran ngan FushionNet..Selain dapat banyak ilmu baru, ttg CMMI, ttg how to improve your work process,dpt juga exchange experience dgn participants yg lain...Really enjoy this training and recommended to those yg involve in IT line..

Tuesday, May 10, 2011

~ My Twin at School

Ni ada a few pictures taken from FB Dunia Elit.
Lama tak jenguk, semalam surf nampak ada new pictures upload..excited tgk ada gambar Aqil ngan Aqif..
Ingatkan budak2 ni kat taska just main2 camtu je...takde play group...sekali tgk gambar diorang beratur..pegang tangan buat bulatan..alahai comelnya....nmpk cam dah besar dah anak ibu ni....dah boleh ikut simple instruction, mix with others....
Alhamdulillah, dpt taska yg jaga diorang elok2, caring..tak la ralat sgt bayar lebih...klu ambik maid, dah boleh ada 2 maid dah ni...hehehe...
Ops...next month ada kenaikan fees...berapa lak tu? huhuhuhu...
Aqif in a circle. Pegang tangan Teacher Zainab

Aqif melopong nak paham apala yg Teacher Zainab suruh buat ni...Aqil dlm Group satu lagi...

Comel je Aqil & Aqif beratur....

Aqil mengintai

Teachers yang superb




Tuesday, April 26, 2011

~Software Quality

Software Quality....
How to measure??? What method to use????
Is there any chance that QA could guarantee that the release software is 100% free bugs...

Wednesday, March 2, 2011

~Dunia Elit

Kali ni nak citer pasal taska/playschool budak2 ni pulak..sebenarnya dah lama dah nak update psl ni tapi asyik kesuntukan masa dan kekeringan idea bila nak menulis..So, tadi tgh boring2 ngadap kerja teringat nak add FB taska budak2 ni..-Dunia Elit-..Browse album dia..excited tgk ada terselit 2 kpg gambar si Adam on first day at school..tu yg trs rasa nak share info to sesaper jer la yg baca blog ni klu ada..hehehe especially to those yg duduk area Puncak Jalil..
Sblm kami pindah ke PUJ7 last April, kami tinggal kat LP8. So, since Adam 3mths smpila end of last year Adam duk kat nursery kat LP8..sekali la ngan adik2 dia...Then, kami decide nak pindahkan bebudak tu ke nursery lain atas sebab2:
1. Nursery LP8 tu arah berlawanan dgn jln nak ke opis..ambik masa dlm 15m jugakla dr rumah ke nursery kemudian nak patah blk..
2. Adam will be 4 thn ni..so, mmg igt nak cari nursery yg ada ajar yg basic2 je..mula2 igt nak masuk trs ke tadika..tapi rs cam he's not ready yet..ckp pun pelat lagi...panggil ibu pun tak lepas..he call me 'abu'..huhuhu...
3. Berdaftar dgn JKM.
4. Dekat dgn rumah
5. Mengikut kemampuan


Survey punya survey...google punya google..jumpala blog and FB Tadika Dunia Elit...response parents semua yg positif je...mmg dah tertarik dah ni..tgk2 alamat..la..dekat je ngan rumah..boleh jln kaki jer...Pastu gi la site visit..1st impression mmg confirm dah suka..kemas teratur je semua...mula2 igt ada tadika je...lps dah diberi penerangan rupa2nya utk 4 thn boleh pilih nak play school or tadika...They have 2 separate house utk taska and tadika..since we choose play school for Adam, so, Adam akan stay kat taska sekali ngan adik2 dia..Alhamdulillah..rezeki budak2 ni...taska ni memenuhi semua kriteria yg ditetapkan....


So far dah msk  bln ke-3 ni, I can see a lot of improvement... Yg ptg, he can pronounce ibu correctly..no more abu...dah boleh nyanyi a-z...sblm ni byk kali dah ajar kat umah but he refuse to follow...dah kenal certain huruf such as A, Q, W, O....huruf pelik2 si Adam ni kenal...boleh kira 1-10...nyanyi lagu2 he learned from school..belajar mewarna...totally diapers free except time tido...oh..lupa pulak..setiap Jumaat Adam akan pakai baju melayu sebab akan ada amali solat dan mengaji..byk lagi lah...As for me I didn't expect a lot from him..janji he learned something..takdela asyik nak jadi ultraman je sepanjang hari..


Aqil and Aqif pun nampaknya happy je...Keseluruhannya mmg puas hati la...
Oh..maybe ada yg nak tahu psl fees...ok..playschool is RM250 per mth..klu yg tadika RM300..and ada extra fees ms registration utk buku etc..for 1yr cam Aqil ngan Aqif tak sure lak exact fees sbb after less RM440 for both of them..


More details boleh visit blog/FB Dunia Elit.


* Photo taken from FB Dunia Elit

Thursday, February 10, 2011

~ Saya Penat....

Hehehe...
Penat sangat ngan kerja skang ni...Umah pun dah tak terurus sangat...Masak pun dah jarang sangat...Schedule teramat thight, tapi dpt lak customer yg nak semuanya cepat..mmg kelam kabut..tak cukup staff pun ye jugak....
Nak tak nak terpaksa la berkorban balik lambat..tak pun sambung bawak balik kerja kat umah....huhuhu..
Klu bonus 3,4 bulan best la jugak kan...
Lama tak update psl budak2 tu..nnt la ye..ni pun curi masa lunch ni..tak pegi lunch pun sbb ada kerja urgent...tak mo blk lmbt arini...
Oklah..nak sambung bekerja...

Wednesday, January 26, 2011

~ Berakhirnya Penyiksaan Fasa 1

Alhamdulillah...akhirnya tamat jugat penyiksaan ni...Penyiksaan dari segi fizikal, mental dan emosi...Tapi ini baru fasa pertama..ada la gap dlm 2 minggu sblm bermula blk penyiksaan tahap ke-2...hehehe..
Actually apa yg dibebelkan ni ada kaitan dgn entry sblm ni...yg psl kerja tu...
Projek kali ni betul2 mencabar sebabnya tempoh utk siapkan sistem ni less than 2 months, tapi client punya expectation very high and very demanding..Frankly speaking, mmg tak sempat nak test overall sistem ni sblm UAT aritu..abis je UAT ada 3 hari je nak fix bugs and buat enhancement utk on job training. So, spt yg dijangka mmg still ada minor bugs here and there but for me tak lah teruk sgt...tapi I believe, client mesti tak puas hati. biasalah tu...janji boss kita kata ok...
So, start hari isnin (24hb Jan) smpilah hari ni ada On Job Training...bg training kepada lebih kurang 20 org pegawai dr 5 branch yg akan jadi perintis pengguna sistem PIMS ni nnt...berdebar jugakla...First time bg training secara formal...nasib baikla ada kawan2 yg lebih berpengalaman tolong support...tolong beri penerangan yg lebih detail...aper pun, it was a great experience for me walaupun pada masa yg sama agak stress jugak 3 hari ni....
Hopefully, no more working on weekends after this...kesian kat anak2..sebulan ni tak pergi mana2 pun...igt nak ambik cutilah before start bz balik middle feb ni....



Saturday, January 15, 2011

~ Kerja..Kerja..Kerja...

Since I joined this company last April, alhamdulillah diberi kepercayaan utk involve in 3 projects non-stop.....Best mmg best sbb I got to learn a lot of things..tapi cabarannya tetap ada...Cabaran nak adapt to new work environment..handle customer...handle superior..hehehe..buat UAT..support..dan cabaran paling besar nak balancekan antara kerja dan family...most of the time mmg smpi rumah after 8pm...kadang2 weekend pun kena kerja..nasib baik lah dapt hubby yang sentiasa menyokong dan boleh bertolak ansur..tolong jaga anak2 on weekends....
As for now, I love my job ...lagipun baru 9mths..klu dah lama nnt tak tau la pulak kan...sbb dulu 5thn kerja R&D dept. Terperap je dlm opis..day in day out buat kerja yg about the same..tgk muka yg sama...so, mmg smpi satu tahap dah lemau...
Setiap kejadian ada hikmahnya...Walaupun masa mula2 resign sbb company problem salary...then cari kerja sana sini takde rezeki...akhirnya dpt kerja kat sini...byk dpt belajar benda baru selain testing...sedikit sebanyak polish up skit my technical skill...then involve dgn end user..buat UAT, training, support..so, semuanya benda baru walaupun pengalaman kerja dah nak msk 6thn..
So, sepanjang Jan ni mmg super duper bz...tu yg dah jarang update..my online bisnes pun dah lama terabai...mmg smpi umah je igt nak tido je...
Harap2 cepatlah abis bulan 1 ni..nak rehat sblm start bz balik middle feb..huh...

Friday, January 7, 2011

~Goodbye 2010...Welcome 2011

Ish..lama tak update blog...dah seminggu msk thn baru..baru skang ni terhegeh2 nak wish semua org..
Ini pun curi masa kat opis kejap sementara sistem tgh down...mmg skang ni tgh bz melampau2 kalah PM..hehehe

Just nak recap a few important things in 2010 as a reference...Buat pedoman dan peringatan untuk diri sendiri...

1. April - start kerja balik setelah 5 bulan memegang status suri rumah sepenuh masa.
            - Alhamdulillah, selamat berpindah ke rumah sendiri..mulakan hidup baru 5 beranak
            - mr hubby pun dpt kerja baru...

2. August - Aqil ngan Aqif genap setahun. Alhamdulillah..their progress seems OK. Aqil dah pun berjalan

3. October - Aqif admitted due to athsma. First time tinggalkan Adam ngan Aqil to mr hubby time mlm. Lucky that Aqil boleh accept bottle, sbbnya till now mlm2 breastfeed. Lps je kuar hospital, Aqif pun dah boleh jalan...

4. December - I celebrate my 28th birthday. For the first time, dpt hadiah birthday from mr hubby..Nokia C3..thanks a lot abang..
31hb, adik kepada abah meninggal. Serangan strok. Al-Fatihah to Arwah Pak Ndak.

Hopefully, 2011 memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga..