Friday, December 30, 2011

~ Last day bekerja di thn 2011

Hari ni 30/12/2011....last day bekerja untuk tahun 2011....
Oh..tahun ni adalah tahun yg sgt bermakna sebagai pekerja...byk kisah suka, duka, hiba, gembira..masam, manis, semua adalah..secukup rasa...banyak ilmu dan pengalaman diperolehi...
Jadi mari kita tutup buku 2011 dan bukak buku baru (diari 2012 dah dpt dah..hehehe) dengan azam baru..
Dah banyak dah plan untuk 2012 ni..byk benda yg nak diubah untuk jadi pekerja yg lebih cemerlang...tak nak tangguh2 kerja yg akhirnya makan diri balik...
Sebagai permulaan..mari kita bercuti dulu sempena menyambut thn baru...hari khamis (5th Jan) baru start keja...kasi fresh balik...yahoo!!!!!!

"Selamat Bercuti...."

Thursday, December 29, 2011

~ It's 29 & Fabulous


Happy Birthday to me.....Thanks all for the wishes...........

Friday, December 23, 2011

~ Resepi Ayam Penyet

Semenjak 2 menjak ni suka sangat makan ayam penyet kat food court area opis ni...kena ngan citarasa..tak pedas sangat cam AP Wong Solo..
So, ingat nak try masak sendiri la pulak..hehehe..So, kita search resepi dulu...nnt weekend klu rajin kita try buat...nnt baru kasi report menjadi ke tak...


Ni shu share resepi. Taken from myresepi..Best web tu..almost semua ada resepi ada kat situ...

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam


1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)


Cara-cara
1.Untuk Ayam Penyet
2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7.Untuk Sambal
8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
14.Masukkan gula merah dan gaul rata.
15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

16.Untuk Sup
17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

19.Untuk Nasi
20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. 23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Selamat Mencuba...

~ Kiosk KWSP di AEON

Baru je tau rupa-rupanya Kiosk KWSP ni ada kat merata-rata..igtkan kena pegi KWSP je...
Plg menarik sekali ada kat AEON terpilih rupanya ...dan lagi menarik AEON equine bertuah sebab antara yg terpilih...heheh.....tempat yg selalu pergi dan dekat ngan umah..bagus betul la...

Kios KWSP Kini di Cawangan Aeon Credit

Ahli KWSP kini boleh mencetak penyata dan mendaftar i-Akaun di cawangan Aeon Credit terpilih melalui Kios KWSP. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi dan waktu operasi Kios.
Sekiranya ahli KWSP mempunyai masalah berhubung penyata kira-kira, mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan penjelasan. Bagi aduan tentang kerosakan Kios, sila hubungi pegawai Aeon Credit yang ditugaskan.
Sila lawati laman Pejabat-pejabat KWSP untuk mengetahui senarai lengkap pejabat KWSP dan premis luar yang mempunyai Kios ini.

Selain kat AEON, tpt2 kat bawah ni pun ada..tapi utk cawangan yg terpilih je la...nak tau cawangan mana...klik sini
» AmBank Berhad
» RHB Bank Berhad
» RHB Easy
» RHB Islamic
» Institut Jantung Negara
» CIMB Bank Berhad
» CitiBank Berhad
» Public Bank Berhad
» Permodalan Nasional Berhad
» HSBC Bank Berhad
» UOB Berhad
» Malayan Banking Berhad
» Aeon Credit
» HSBC Amanah
» Courts Mammoth

Thursday, December 22, 2011

~ Hari ni layan jiwang lagi........

Lirik Lagu Cinta Itu Milik Kita(OST Sekali Lagi) – Dakmie


Tidak ku sangka kau pergi jua
Tinggalkan ku sendiri

Yang tinggal hanya serpihan cintamu
Ku dakap selamanya
Cinta antara kita terlerai sudah
Impian kau dan aku
TakdirNya kini ku terima
Cinta itu milik kita
Tak bisa kah cintaiku
Tak bisakah sayangiku
Kerana kau milikku
Kau kekasihku
Hanya yang ada di dalam diriku
Kerana kau ku sayang
Kau kunci cintaku
Kau bawaku ke dalam duniamu

Captured from videoclip..Credit to SchaAryanaa

~ Sekali Lagi............

I'm sure ramai dah tgk movie ni...aritu masa ada kat ASTRO FIRST tak sempat nak beli....then asyik lupa je nak tgk online...tetiba mlm ni..rasa cam nak layan movie...then tingat citer ni...Erm..rasanya ni 1st time tgk citer without tahu ending..tapi rmi ckp citer ni sedih....
Erm..ntahla..tak jumpa lak moment yg boleh buat hati ni tersentuh smpi menangis....Tapi, I really love this movie....and I really love watak Shila dan Arman...sweeet sangat la diorang ni......especially time couple masa sekolah tu and time Arman ajak kawin..ntah..it just make me smile...and.....I just felt the chemistry between them...cam real jer...selalu tgk shahizy sam ni bawak watak giler2..klakar..tak sangka lak dia boleh bawak watak serius...and he really melts my heart....
Cuma the ending part a bit spoil for me....naper???? tak nak lah citer...korang yg tak tgk lagi..silalah tonton ya....


Boleh layan kat sini Watch Sekali Lagi....

This is part that I like the most..........cair beb.... :)

Wednesday, December 21, 2011

~ Senarai Finalis AJL 26

Which one favourite korang.....