Hari ni lambat lagi ke opis....tak tau la..start 2012 ni..kereta banyak giler lak kat jalan...dr puncak jalil nak sampai ke GIANT KINRARA tu dah setengah jam...jem biasa2 tu sejam jugakla nak menyampai ke KOTA DAMANSARA.... Tapi pagi tadi lagi superb..gerak kul 8am..smpi kat depan pintu opis ni ngam2 kul 10am...huh..dah mcm kerja kat Melaka lak...Nasib baik la pagi tadi ditemani JOHARA di ERA...tak la bosan sangat sorang2 merempuh jem tu....
Apa yg menarik kat ERA pg td...ada release lagu baru dari Kaka featuring Zizan Raja Lawak...Saper KAKA tu ek???tak pernah dgr pun nama dia...tapi lagu tu mmg sweet and lirik dia cam kelakar pun ada...Ada org hantar komen kata lagu tu cam nak ajak kawin lari je...tapi mmg klu baca direct camtu la bunyinya...maybe kena selami utk maksud sebenarnya kot....Nak dgr lagu dia? Boleh search kat youtube.."Bawaku Pergi"....
Video klip takde lagi....
Anyway..ni lirik dia
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa
Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama
Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Dari hasil penyiasatan di internet..akhirnya..dah tau dah saper si KAKA ni..nama betul dia Nuratiqah...Anak sedara ratu rock Ella rupanya...
Jom layan lagu....
Tuesday, January 17, 2012
Monday, January 16, 2012
Friday, January 13, 2012
~ Cintaku Berputik Kembali.....
Akhir2 ni rasa rindu......
Akhir2 ni rasa cinta yg dah lama aku tinggalkan mekar kembali...
Cintaku berputik semula.....
Ni semua sebab skang ni trend novel jadi drama/filem semakin popular....Sebelum atau selepas tgk drama/filem tu mesti rasa nak baca novel tu....sbb baca novel lebih memberi impak...hehehe...
So, mulalah selongkar kotak2 cari balik novel lama...tapi sedih sangat mostly novel2 yg best dah hilang..tak ingat samada org pinjam or hilang sebab berpindah randah...
First skali baca novel cintan cintun ni masa darjah 6 klu tak silap..tak igt dah tajuk novel tu...tapi buku tu along pinjam dr classmate dia..then mak dpt tahu kena marah sbb thn tu along PMR..aku lak UPSR..mak tak nak kitorang lalai dr mengulangkaji pelajaran...masa tu video game semua kena simpan..alhamdulillah...sebab mak garang dan monitor pelajaran kamilah..kami semua berjaya...
Ok, balik kpd citer novel ni..start dpd tu aku dah mula minat baca novel2 ni...then bila masuk asrama masa form 1- form 5..lagi bercambah minat tu...kat asrama biasala..rmi share minat yg sama..masa tu aku tak pandai lg nak beli sendiri..so, kena la tgu turn nak baca...klu buku tu best sgt and kena tgu queue lama..sanggup tu tak tido mlm sbb nak baca..tumpang giliran org yg tido tu....kira cam potong queue la..hehehe...masa time sekolah dulu novel yg popular novel-novel Ahadiat Akashah....
Then bila dah msk U..dah ada duit sendiri (PTPTN...) dah start beli sendiri..Tiap kali outing at least mesti bawak balik sebijik...Time tu aku beli novel2 keluaran Alaf 21 je..sbb gaya penulisan yg santai..romantik...kira kena la ngan jiwa ni...Then bila dah kahwin, ada anak..ntah cam na..dah kurang membeli dan mengikuti perkembangan buku2 terkini ni...
Tapi skang ni rasa nak start balik la..Tadi surf web Alaf 21..uish..byk gila buku2 menarik..best2...mungkin thn 2012 ni kita switch hobby membeli baju/kasut kepada beli novel pulak....

Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, January 10, 2012
~ Drama Bicara Hati @ Astro Prima
Mlm kang episod ke-2 drama ni...mula2 tgk preview cam kureng skit kat pelakon yg jadi hero ngan heroin tu....so, tak terasa excited sgt nak tgk....
Tapi disebabkan novel dia best giler tergerak jugak hati nak tgk...so, mlm tadi sajer jer tgk online yg last week punya....igt nak tgk sikit je..last2 tgk smpi abis..kul 1 jugakla br tido...not bad rupanya lakonan si Sharnaaz Ahmad ni...heroin dia Cristina Suzanne ok jugak la...
Jadi dgn ini saya membuat keputusan utk follow drama ni...hehehehe...
Follow online je senang...best..takde iklan..dan yg penting ikut timing yg sesuai ngan kita....
Sesaper nak tgk leh klik sini...malaymoviesfull
Jgn layan time kat opis lak ya....
Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Monday, January 9, 2012
~ Layan Gemersik Kalbu pulak........
Akhir2 ni makin menjadi2 pulak penerbit kat M'sia ni buat filem/drama adaptasi dari novel2...
Start dengan Lagenda Budak Setan, pastu Nora Elena, Ombak Rindu, dan yang terkini kat TV skang ni drama "Gemersik Kalbu" dan "Bicara Hati".....
Baru je repeat buku Gemersik Kalbu last week....tak sangka lak dah jadi drama...skang ni memang ketinggalan sikit isu2 terkini ni...asyik layan cartoon je....
Buku Bicara Hati pun dah repeat ntah berapa kali...Both novel ni best....so, harap2 dramanya pun best....
Setakat hari ni tak sempat lagi nak tgk kat TV..Mlm nnt ke..weekend nnt ke..bolehla layan online...
Ringkasan dari novel Anis Ayuni:
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?

Friday, January 6, 2012
~ KWSP 13% Bermula Jan 2012
Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.
Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.
Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my, kunjungi cawangan KWSP terdekat atau hubungi Pusat Panggilan di 03 - 8922 6000.
Kepada mereka-mereka yang berkenaan..jgn lupa semak slip gaji akhir bulan ni ya...mana tau takut2 bos terlupa..hehehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)