Pagi td jenguk FB ada baca update kwn2 psl ending citer Cinta Itu Milikku kurang best kan....
Saya tak follow citer tu..ada tgk 2,3 episod je klu smpi umah awal....kurang minat ngan jln citer ngan pelakon2..so, takdela tgk kat online...
Mana citer yg minat, klu terlepas mesti akan tgk blk kat online... :)
So, next drama yg akan ganti Cinta Itu Milikku ni...jln citer cam best....lagi skali adaptasi novel....nampaknya, musim adaptasi novel ke drama dan filem ni masih tak abis lagi......Kali ni tajuk drama "Setia Hujung Nyawa".....
Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi
maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang
terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.
Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas
sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang
langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan
sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri.
Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya.
Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya
disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu.
Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina
merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah.
Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau
apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Amacam...mcm best kan....???? hehehe...
Tapi, hero ngan heroin cam kureng skit...sbb sy tak minat diorang...aperpun kita tgu episod 1 next week..then baru blh komen lakonan diorang.....
2013 - byk drama best2 kat TV3...yg akan ganti citer
Putera Rayyan pun best jugak...saper peminat Siti Saleha for sure akan
melekat kat dpn TV...setiap hari khamis jam 10mlm.....
No comments:
Post a Comment